Custom Search

Wednesday, June 14, 2006

Cerita Tiada Tajuk 2

Di suatu tempat diwaktuyang sama:-

"Angkat perlahan lahan" seru Pak Aman seolah berbisik sambil memerhati keliling...
tanpa membantah Arun mengikut sahaja arahan Pak Aman.. "pas ni apa pulak Pak Man," balas Arun...PAk Aman tidak terus menjawab pertanyaan Arun..mulutnya masih terkumat kamit membaca sesuatu seolah olah sedang berbisik..sekejap sekejap Pak Aman meludah tipis kekiri dan ke kanan..

Semua perlatan untuk tugas yang akan dijalankan telah tersedia ...suasana malam yang
sunyi,gelap pekat dan dingin terasa seolah-olah menusuk kedalam badan mereka berdua. Hanya berbekalkan lampu sulu Eveready yang baru dibeli di Kedai Ah Chew di Jalan Gambier tadi mereka berdua meneruskan perjalanan menyusuri jalan kecil yang menuju ke sebuah kampung tidak jauh dari Jalan Utama.

Sebenarnya Arun tidak tau apakah benda yang sedang di angkut di beg sandangnya. Yang pasti PAk Aman telah memberi not RM100.00 sebanyak 7 keping kepadanya sebagai upah untuk menolong Pak Aman menjalankan tugas yang bakal di buat mereka nanti. Arun malas nak bertanya banyak....duit yang dibagi itu sudah sukup untuk menampal mulut dia dari bertanya.Almaklum lah duit sebanyak itu memang terlalu banyak bagi budak belasan tahun yang baru lepas tingkatan 5, tetapi didalam hati nya tetap hairan dan ingin tau apakah yang sebenar dibawanya ketika ini. Pak Aman masih lagi terkumat kamit sehinggalah mereka berdua berhenti di sebatang pohon besar dihujung jalan tersebut. Bunyi anjing bersahutan seolah olah meratap sesuatu dan diiringi bunyi cengkerik membuat Arun tak sedap rasa. Mau sahaja ia lari meninggalkan Pak Aman seorang diri disitu.

Tetapi duit ...ya duit punya pasal terpaksalah Arun melupakan hasratnya. "ahh apa nak takut ...bukan aku sorang kat sini " bisik Arun didalam hati.. " hah ...sini !! sergah Pak Aman.. "Opocot Mak ngko mana??!!" Arun terlatah spontan .... sambil tersengeh malu .. Arun bertanya" ehhh...eheh pa dia Pak Man?" ..."Ko ni macam Mak Jenab jer... sikit sikit melatah... ko pompuan ker ? perli Pak Aman... "Hehehehe... terkejut ... sunyi ni Pak Man..seram lak rasa nyer.." jawab Arun.. " Dah..dah..bak sini beg tu.." segera Arun melepas kan beg tersebut dan memberi kepada Pak Aman.." Nah..Pak Man.. pa bender lam beg tu .." tanya arun.
Tiada jawapan yang Arun terima dari Pak Aman. Tanpa berlengah Pak Aman terus mengambil beg tersebut dan membaca sesuatu seperti mana mula tadi terkumat kamit sambil meludah kekiri dan kanan.... Arun hanya memerhati sahaja gelagat Pak Aman sambil menampas nyamuk yang sedang berdondang sayang ditelinganya.....

Raziq dan Boy masih lagi dalm perjalanan balik dari After 12 tadi. Lagu Lionel richie yang diputar CD telah ke penghujungnya. " tukar lagu lah Ziq " kata si BOy...Raziq hanya sekadar senyum sahaja. .. "kemana lepas ni " soal Raziq.. "hmmm...kita ronda ronda dulu...masih awal lagi ni.." jawab Boy.. Raziq memecut kereta dan membelok dibawah Jambatan Gantong Satok dan meneruskan perjalanan ke pusat bandar.... jalanraya agak lenggang,
hanya sesekali kereta dari Petra Jaya melintasi kereta mereka berdua. Memang malam tu Raziq sengaja memperlahan kan kelajuan keretanya. Sambil memandu Raziq melemparkan pandangannya keluar.." Pasal malam ni sunyi sangat"..soal Raziq...tiada jawaban dari Boy hanya mengangkat bahu tanda tidak tau.. .. perjalanan diteruskan.. oleh kerana bosan dek kerna tiada kelibat manusia.. " Jom Balik arrr... boring lah takda manusia pun malam ni..." kata Raziq .. " ha... pasal ...jom ler mata aku pun dah ngantuk ni" balas Boy... " Dah kenyang macam ular sawa mana tak ngantuk "..perli Raziq
" hehehehhe biasa ler beb..." jawab Boy sambil tersengeh... setelah pusing pusing bandar sebanyak 2 round mereka pun balik... ...

Perjalanan terasa seolah olah terlalu jauh
sedangkan Bandar Kuching ke Petra Jaya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja apalagi jalan lenggang pada malam itu... akhirnya Jambatan Gantong dilepasi ...dan sekarang mereka dah berada di Petra Jaya. Diantara tempat ni hanya dipisahkan oleh Sungai Sarawak sahaja. Raziq dan Boy berpandangan kehairanan..namun tiada patah perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Jalan yang biasa dilalui seperti terlalu jauh dirasakan... " eh Ziq pasal jalan ni lain macam jer.." soal Boy... "yer ler ...peliklah..." jawab Raziq mengiakan soalan Boy... " Jalan ni lurus jer lah... tak macam Jalan Tun lah... " kata Boy keheranan.... Raziq tidak berkata apa apa cuma memandang Boy sambil terus memandu... " eh Ziq ..tu ..tu..." teriak Boy......
Bersambung....




No comments: