Custom Search

Sunday, June 18, 2006

CERITA TIADA TAJUK 3

" ku kocok kocok .....ahhhh...lalu keluar...lalalallala ...." begitu riang Mieda menyanyi sambil berlenggang kankong balik dari kerja ....

" hahhahahaha.... lagu apa tu Mieda? .." soal Sara sambil menahan perut...ketawa melihat gelagat Mieda sambil bergelek sambil menyanyi lagu dangdut Inul kocok kocok...

" ah...ahhh...hahhahahaa..." sambil keduanya ketawa ....

" eh..Mieda ..tu !!! tu !! " teriak sara sambil menjerit....

prittttttttttt....Raziq membrek kereta ....

" Ahhhhhhhhhhh.............." Mieda menjerit sambil menekup muka.....
hanya beberapa inci jer bumper kereta Raziq menyentuh badan Mieda......

Sambil berlari Sara menghampiri Mieda " ko ok ka Da?" soal Sara..
" HEYYYYYYY...TAKDAK MATA KA????" jerit Sara...

"astafirullah... Ya Allah..." segera Raziq keluar dari kereta....
Boy hanya tergamam..tak terkata..

" Eh cik ko ok ka?..." soal Raziq..

" HEYY ..ko pandu kereta ni tak nampak orang ka? Ada lesen ka? " bentak Sara ..

" relek ler .. aku tak nampak tadi...yang ko dua orang tiba tiba muncul kat tengah jalan ni pasal? !!...soal Raziq ...

" HOI!!!..kita kat atas jalan ?? mana mata ko? ..." soal sara balik....
" kalau ya pun nak marah ko lihat lah sendiri ko dua orang ni jalan kat mana ?..." bentak Raziq geram...

Sara terpinga pinga ...dia hairan sedangkan memang dia dua orang jalan atas Bim Jalan dan bukannya kat tengah jalanraya...

" eh ..tadi ..tadi .. " kata kata Sara hanya setakat itu saja...dia hairan bagaimana mungkin mereka berdua berada di tengah jalanraya...sedangkan dalam perjalanan tadi mereka menuju ke Petra Jaya , tiba tiba pula menuju ke arah yang bertentangan...

"Ziq!!.." seru Boy yang masih dalam kereta..
Raziq hanya menoleh sahaja ...

Mieda masih ter esak esak menangis....Sara menghampiri Mieda sambil memujuk supaya Mieda bertenang.

" Eh..ko pelayan kat After 12 ..tadi kan?" soal Raziq..
" Ha!! pasal?...oo ko berdua rupa nya..." balas Sara...
"Pasal ko berdua berjalan atas jalan?" Soal Raziq
" hmm aku pun heran ..tadi kita orang kat atas bim ..tetiba lak atas jalanraya... dan kereta ko tetiba jer muncul.." soal Sara kehairanan..
" Ziq , mana tempat ni ? " soal Boy
Mieda masih belum dapat berkata kata dekl kerna terkejut yang amat sangat....
" ya lah ... mana tempat ni ...tadi kan kita atas jalanraya ? , pasal di kawasan lapang ni? ..." soal Mieda setelah reda sikit perasaannya...

" mana tempat ni?..soal Sara
Mereka berempat berpandangan sesama sendiri...

" kita masuk kereta dulu " cadang Raziq.. tanpa berlengah mereka berempat segera memasuki kereta.
RAziq menghidupkan kereta...tetapi tidak dapat dihidupkan. Berkali kali dicuba masih tidak dapat dihidupkan..

"pasal kereta ni..tadi ok jer ..." Soal Raziq

" pasal Jalan ni jadi tanah lapang" soal Mieda .

Tiada jawapan ...mereka berempat berpandangan sesama sendiri, dah lah kereta tak dapat di hidupkan..

Cuaca tiba tiba mendung dan gelap... hujan mulai turun tanpa guruh dan kilat...

Mereka semakin hairan. " Ok ..kita mesti lakukan sesuatu " cadang Raziq...
" Sapa tau baca ayat Quran? soal Raziq.. semua nya senyap...
"ahh..aku... ayat lain aku tak hafal ..aku cuma hafal ayat qursi " jawab si Boy.. sambil tersengeh sengeh...
memang Boy hafal Ayatul qursi dan tau mengaji Quran cuma dia tak amalkan sejak dua menjak ni... Raziq pun tak tau yang si Boy ni pandai mengaji...

" ko biar betul , Boy!!..selama ni aku tak tau pun ko pandai mengaji dan tak pernah aku lihat ko solat " soal Raziq.

"aku pun tau "..balas Mieda pendek..

Mieda ni walaupun sosial sikit namun tia taklah lebih lebih... memang dia boleh mengaji dan membaca Quran..

" aku dalam...aaa...pompuan punya problem".... balas Sara tanpa disoal..
"ok sekarang ni , kita tak tau apa yang terjadi... tapi kita tawaqal saja , ko Boy ko baca ayatul Qursi..ko jugak..ahhh sapa nama ko tadi? " sambil Raziq memandang kepada Mieda..
"Rosmieda..ko panggil Mieda ok lah..." jawab Mieda sambil senyum
" boleh tahan jugak hensom budak ni.. pasal aku tak persaan masa tadi ha?? " soal Mieda kepada diri sendiri..sambil senyum ala ala kerang busuk..

Keadaan diluar semakin gelap dengan lolongan anjiing semakin nyaring dan bersahutan ...
" Ok aku bang ,..ko dua orang baca ayatul Qursi atau apa saja ayat Quran yang korang tau.." arah Raziq..

" aku cammana ?... biar aku kat tengah tengah..."...soal Sara ... ko tengah apanya ..ko dua orang jer kat belakang tu" balas Raziq...

" Ini siapa??? " soal Sara sambil menunjuk ke arah Boy ....
" Boy..eh .. ko pasal kat belakang ??!!...sergah Raziq ...tiada jawapan hanya tunduk sahaja...
" Hoy aku sini lah " sebelah ko ni!!!' balas Boy...
memang tadi tiada orang kecuali Sara dan Mieda saja kat kerusi belakang...

"ALLLh hua Akhbar ..Allah hu akbar ""...Raziq segera Azan sekuat yang mungkin...

" Allahu la illah ha illla..." serentak dengan itu Mieda dan Boy terus menerus membaca ayatul Qursi dan apa apa saja yang terlintas di fikiran mereka berdua...

SAra menjerit jerit ketakutan sambil melompat ke kerusi hadapan kereta.. Raziq terus Azan ...
Mieda dan Sarah teurs menerus membaca walaupun terketar ketar ketakutan...

Semakin kuat RAziq Azan semakin cerah cuaca kat luar.. hinggalah Azan yang ketujuh suasana yang tadinya gelap gulita dan hujan tetiba terang benderang .. kereta hidup sendiri dan mereka berempat masih lagi didalam kereta dan diatas jalanraya dan bukan dipadang lapang tadi ...

JAm di kereta menunjukkan pukul 3.54 am ...RAziq tanpa berlengah terus memecut kereta ....

Ditempat yang lain di waktu yang sama.....

Arun yang masih lagi bertempur dengan nyamuk ........ tetiba kecut perut melihat bayangan muncul di hadapan Pak Aman...
" eh ...Pak Man!!..PAk MAn!!.."seru Arun perlahan seolah berbisik....

Bersambunng........

Wednesday, June 14, 2006

Cerita Tiada Tajuk 2

Di suatu tempat diwaktuyang sama:-

"Angkat perlahan lahan" seru Pak Aman seolah berbisik sambil memerhati keliling...
tanpa membantah Arun mengikut sahaja arahan Pak Aman.. "pas ni apa pulak Pak Man," balas Arun...PAk Aman tidak terus menjawab pertanyaan Arun..mulutnya masih terkumat kamit membaca sesuatu seolah olah sedang berbisik..sekejap sekejap Pak Aman meludah tipis kekiri dan ke kanan..

Semua perlatan untuk tugas yang akan dijalankan telah tersedia ...suasana malam yang
sunyi,gelap pekat dan dingin terasa seolah-olah menusuk kedalam badan mereka berdua. Hanya berbekalkan lampu sulu Eveready yang baru dibeli di Kedai Ah Chew di Jalan Gambier tadi mereka berdua meneruskan perjalanan menyusuri jalan kecil yang menuju ke sebuah kampung tidak jauh dari Jalan Utama.

Sebenarnya Arun tidak tau apakah benda yang sedang di angkut di beg sandangnya. Yang pasti PAk Aman telah memberi not RM100.00 sebanyak 7 keping kepadanya sebagai upah untuk menolong Pak Aman menjalankan tugas yang bakal di buat mereka nanti. Arun malas nak bertanya banyak....duit yang dibagi itu sudah sukup untuk menampal mulut dia dari bertanya.Almaklum lah duit sebanyak itu memang terlalu banyak bagi budak belasan tahun yang baru lepas tingkatan 5, tetapi didalam hati nya tetap hairan dan ingin tau apakah yang sebenar dibawanya ketika ini. Pak Aman masih lagi terkumat kamit sehinggalah mereka berdua berhenti di sebatang pohon besar dihujung jalan tersebut. Bunyi anjing bersahutan seolah olah meratap sesuatu dan diiringi bunyi cengkerik membuat Arun tak sedap rasa. Mau sahaja ia lari meninggalkan Pak Aman seorang diri disitu.

Tetapi duit ...ya duit punya pasal terpaksalah Arun melupakan hasratnya. "ahh apa nak takut ...bukan aku sorang kat sini " bisik Arun didalam hati.. " hah ...sini !! sergah Pak Aman.. "Opocot Mak ngko mana??!!" Arun terlatah spontan .... sambil tersengeh malu .. Arun bertanya" ehhh...eheh pa dia Pak Man?" ..."Ko ni macam Mak Jenab jer... sikit sikit melatah... ko pompuan ker ? perli Pak Aman... "Hehehehe... terkejut ... sunyi ni Pak Man..seram lak rasa nyer.." jawab Arun.. " Dah..dah..bak sini beg tu.." segera Arun melepas kan beg tersebut dan memberi kepada Pak Aman.." Nah..Pak Man.. pa bender lam beg tu .." tanya arun.
Tiada jawapan yang Arun terima dari Pak Aman. Tanpa berlengah Pak Aman terus mengambil beg tersebut dan membaca sesuatu seperti mana mula tadi terkumat kamit sambil meludah kekiri dan kanan.... Arun hanya memerhati sahaja gelagat Pak Aman sambil menampas nyamuk yang sedang berdondang sayang ditelinganya.....

Raziq dan Boy masih lagi dalm perjalanan balik dari After 12 tadi. Lagu Lionel richie yang diputar CD telah ke penghujungnya. " tukar lagu lah Ziq " kata si BOy...Raziq hanya sekadar senyum sahaja. .. "kemana lepas ni " soal Raziq.. "hmmm...kita ronda ronda dulu...masih awal lagi ni.." jawab Boy.. Raziq memecut kereta dan membelok dibawah Jambatan Gantong Satok dan meneruskan perjalanan ke pusat bandar.... jalanraya agak lenggang,
hanya sesekali kereta dari Petra Jaya melintasi kereta mereka berdua. Memang malam tu Raziq sengaja memperlahan kan kelajuan keretanya. Sambil memandu Raziq melemparkan pandangannya keluar.." Pasal malam ni sunyi sangat"..soal Raziq...tiada jawaban dari Boy hanya mengangkat bahu tanda tidak tau.. .. perjalanan diteruskan.. oleh kerana bosan dek kerna tiada kelibat manusia.. " Jom Balik arrr... boring lah takda manusia pun malam ni..." kata Raziq .. " ha... pasal ...jom ler mata aku pun dah ngantuk ni" balas Boy... " Dah kenyang macam ular sawa mana tak ngantuk "..perli Raziq
" hehehehhe biasa ler beb..." jawab Boy sambil tersengeh... setelah pusing pusing bandar sebanyak 2 round mereka pun balik... ...

Perjalanan terasa seolah olah terlalu jauh
sedangkan Bandar Kuching ke Petra Jaya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja apalagi jalan lenggang pada malam itu... akhirnya Jambatan Gantong dilepasi ...dan sekarang mereka dah berada di Petra Jaya. Diantara tempat ni hanya dipisahkan oleh Sungai Sarawak sahaja. Raziq dan Boy berpandangan kehairanan..namun tiada patah perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Jalan yang biasa dilalui seperti terlalu jauh dirasakan... " eh Ziq pasal jalan ni lain macam jer.." soal Boy... "yer ler ...peliklah..." jawab Raziq mengiakan soalan Boy... " Jalan ni lurus jer lah... tak macam Jalan Tun lah... " kata Boy keheranan.... Raziq tidak berkata apa apa cuma memandang Boy sambil terus memandu... " eh Ziq ..tu ..tu..." teriak Boy......
Bersambung....




Tuesday, June 13, 2006

Cerita Tiada Tajuk 1

Cerita ini hanya rekaan dan imaginasi penulis dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah pergi atau sesiapa. Jika ada persamaan itu hanya lah secara kebetulan sahaja.
:- Penulis

Hembusan angin malam yang lembut tidak sedikit pun bisa menyejukkan perasaan , biarpun hamburan pantun dari Din Beramboi sedikit sebanyak mengeletek suis ketawa di jiwa kosong Raziq. Rokok jenama Gudang Garam buatan Indonesia disedut dalam dan asapnya dihembus perlahan. Asyik sungguh dia menikmati adunan tembakau dan cengkeh dari rokok itu.


"Hoi!!!...Apa ni putus kasih ker ?? " sergah Boy yang memang dari tadi asyik memerhati gelagat si Raziq termenung jauh di tepi jendela.

"opocot Mak engko!!!" sengaja si Raziq melatah ..memang dia tau budak Boy ni memang suka menggangu.. " budak ni kalo aku turutkan hati benjol kepala ko aku luku" bisik Raziq di dalam hati..

"Apa ni Ziq ??? jom ler kita keluar, makan ker lepak ker ..." pelawa si Boy... dalam hati Boy berdoa agar Raziq mahu keluar sebab perut si Boy ni dah berkumandang rentak keroncong menandakan kelaparan yang amat sangat...

" jom ler ...jom ler.." sambil Boy tersengih macam kerang busuk merayu agar si Raziq setuju keluar...
"kejap ..aku tukar baju dulu" jawab Raziq pendek sambil berjalan menuju ke almari di tepi bilik.. " yes !!! yes!!! si Boy keriangan ...nampak gaya tak lah aku kebulur malam ni ....bisik Boy didalam hati..
Memang Boy tau setiap kali keluar si Raziq ni saja yang belanja... almaklumlah bergaji besar. Si Boy ni walaupun bekerja namun tak pernah ada balance dalam poket dia walaupun baru 12hb...

Raziq tak pernah pun berkira pasal duit ... Duit nya memang tak habis makan.

" Hoi!!! cepat ler ...kang aku cancelled
kang" usik Raziq..

Tersentak Si Boy dari lamunan.. "ok Boss.." sambil tersengeh sengeh si Boy mencapai kasut jenama Nike dan meluru terus ke laman... "tut ..tut " alarm kereta Raziq berbunyi ..tanpa dijemput si Boy terus meloloskan badannya kedalam ...

Didalam kereta Raziq menghidupka enjin kereta sambil memasang CD lionel Richie lagu Hello...
Terus meluncur... malam masih hidup walaupun dah hampir pukul 1.34 am... 15 minit kemudian mereka sampai di Restaurant After 12...

"ramai gak orang malam ni .." kata Raziq ..
" biasalah sini memang tak kira malam apa kah..apa lagi malam minggu... kadang kadang sampai tiada meja nak duduk..." balas si BOy...

Mereka berdua memilih meja di tengah tengah yang kebetulan kosong...

"minum" kata pelayan ..dengan muka yang senyum dibuat buat ..tawar ..senyum palsu. Sambil pelayan ni meusing musing pen sambil memegang kertas order..

"Kopi" Jawab raziq ringkas...
" aaaaaaaa... aku Milo Peng ...gelas besar k"... JAwab si Boy ..

"makan" soal Pelayan pendek...
"Sweet Corn Sup...aaaa... Chiken Chop black peper k " order si Boy.. raziq tak kesah lantak lah si BOy ni nak makan apa...
" awak" soal pelayan lagi kepada Raziq ..
" bagi aku kentang goreng..bagi sos tomato lebih k"...
tanpa berkata apa apa pelayan berlalu meninggalkan mereka berdua...
" heeeh eleh ...rasa cantik sangatlah tu... dah ler muka cam monyet rumah Abu!!" rungut si BOy
" hoi..ko ni pasal cakap macam tu?" soal Raziq ...memang Raziq tak kesah perangai pelayan walau dimana pun dia makan.
" yer ler, kok iapun ....bersopan lah sikit...ni tak macam nak tak nak jer bekerja...kalo dah tak nak kerja..berhenti ler..." rungut si Boy...

"rilex ler ..ko ni benda remeh pun ko nak kecoh... ko lihat abang ko ni coool jer ..." perli RAziq...

" ok ..pasal ko bawak aku keluar ni ?" soal Raziq.
" hehehhe tak der ler ...perut aku lapar sangat ler..."..sambil Boy tersengeh ...
Rzaiq diam tak berkata apa apa...dia memang dah agak dah budak ni memang kelaparan..mengalahkan orang ethopia pulak lagak nyer...


Makanan dah sampai...mereka berdua tanpa pedulikan pelayan tadi terus jer makan ...
Setelah makan dan membayar makanan ...mereka berdua meneruskan perjalanan .....

Bersambung.....

Friday, June 09, 2006

Sengsaranyer

nak cari tilte blog ni